
ZAKARIA (tengah) melihat kesan rompakan di sebuah kedai emas di Jinjang sambil mendengar maklumat yang diberi pegawainya semalam.
KUALA LUMPUR - Sekumpulan empat lelaki bertindak selamba ketika merompak sebuah kedai emas apabila tidak memakai topeng dan hanya membawa beg plastik untuk melarikan barang kemas bernilai RM500,000 di sebuah kompleks membeli-belah di Jinjang di sini semalam.
Difahamkan, suspek mungkin bertindak demikian kerana merasa hebat apabila memiliki sepucuk pistol ketika merompak di premis yang tidak mempunyai pelanggan pada pukul 12.15 tengah hari itu.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, keempat-empat suspek tersebut hanya mengambil masa lima minit untuk merompak dengan menyamar sebagai pelanggan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: