Thursday, May 13, 2010

Lelaki berkepak diupah kawal trafik


SEORANG pelakon yang memakai baju bersayap memberi isyarat kepada pemandu sebuah kenderaan supaya memperlahankan kelajuan di Fribourg, Switzerland.


FRIBOURG - Polis di bandar Fribourg, Switzerland mengupah seorang pelakon menjadi pengawal trafik dalam kempen bagi mendidik pemandu supaya mematuhi had laju, lapor sebuah akhbar semalam.

Aktor lelaki profesional itu yang identitinya dirahsiakan memakai baju berkepak umpama imej malaikat seperti yang disiarkan dalam filem-filem Hollywood.

Dia yang memakai serba putih dan berkepak melambaikan tangan kepada pemandu untuk memperlahankan kelajuan.

Kempen itu mula dilaksanakan di sebatang jalan di Fribourg, sebuah bandar peranginan dekat ibu negara Berne sebelum diperluaskan ke tempat-tempat lain di wilayah barat Switzerland.

"Dia bertugas 20 jam seminggu tetapi tempoh tersebut mungkin boleh dilanjutkan kerana 'malaikat' seperti yang kita semua sedia maklum sepatutnya bekerja tanpa henti," gurau seorang jurucakap polis Fribourg, BenoƮt Dumas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: