![]() Shila dan Dafi turut beraksi. Wall’s Cornetto akan mempersembahkan enam selebriti muda pujaan ramai untuk menghangatkan malam Konsert Wall’s Cornetto, Take a Chance Show Your Love yang akan dilangsungkan di tingkat bumbung Plaza Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 19 Jun ini. ![]() Bunkface bakal hangatkan konsert "Dengan Konsert Wall’s Cornetto, Take a Chance Show Your Love, kami ingin menghidupkan semangat Cornetto menerusi pertunjukan muzik live yang dikongsi bersama antara artis terkenal dan peminat aiskrim di seluruh negara. “Kami mahu menjadikan konsert ini satu acara yang benar-benar istimewa, untuk menggalakkan orang ramai menyemai dan menghidupkan bibit persahabatan yang boleh membawa pelbagai kemungkinan yang tidak terbatas,” kata Joseph. ![]() Komen artikel ini untuk dapat hadiah ![]() Akim bintang utama iklan Wall's Cornetto “Sebagai jenama yang sinonim dengan cinta dan persahabatan, kami benar-benar teruja untuk menghimpunkan nama besar di persada muzik kita untuk persembahan yang berlandaskan cinta dan persahabatan. Konsert ini menggunakan daya tarikan sejagat muzik untuk menjana persekitaran positif, mencipta dialog dan memupuk silaturahim,” sambung Joseph lagi. Penonton boleh mengharapkan persembahan yang bertenaga, dengan pilihan lagu hits daripada barisan artis popular kegemaran mereka. Setiap persembahan disusun secara unik untuk memastikan peminat benar-benar terhibur dan membawa pulang kenangan manis yang sukar dilupakan. Tiket untuk Konsert Wall’s Cornetto, Take a Chance Show Your Love boleh didapati di semua kedai 7 Eleven, serta stesen minyak Petronas dan Shell. Bagi setiap pembelian dua Wall’s Cornetto, peminat aiskrim akan mendapat satu tiket percuma untuk menonton konsert. Untuk maklumat lanjut mengenai konsert, sila ke laman web www.cornetto.com.my. |
Friday, May 14, 2010
Konsert Cornetto bersama artis muda
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: