![]() |
| DUA diva, Krisdayanti dan Siti Nurhaliza bergaya sakan di karpet merah. |
ANUGERAH Industri Muzik Ke-17 (AIM17) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam Ahad lalu menyaksikan kehebatan bintang muda dan senior mendominasi anugerah yang dipertandingkan.
Penyanyi dan komposer muda, Yuna mengungguli empat kategori termasuk Artis Baru Terbaik dan Lagu Terbaik manakala Faizal Tahir terus unggul dengan trofi Album Terbaik dan Album Rock Terbaik menerusi Adrenalin.
Penyanyi bersuara emas, Datuk Siti Nurhaliza pula melakar sejarah apabila mengungguli kategori Vokal Wanita Terbaik buat kali ke-11 menerusi lagu Ku Percaya Ada Cinta.
Selain pengiktirafan, AIM17 juga tidak ubah seperti pentas bagi memperagakan fesyen yang dipakai pada malam gilang-gemilang itu.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: