Wednesday, May 12, 2010

Kepala Staf Angkatan Darat TNI Dianugerah Beret Merun

Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaludin (kiri) menganugerahkan Sayap Penerjunan Kanan Kehormat yang menjadi lambang kebanggaan Briged ke-10 Para kepada Kepala Staf Angkatan Darat Tentera Nasional Indonesia Jeneral George Toisutta (kanan) sempena lawatan khas beliau ke Kem Terendak, Sungai Udang, di Melaka, hari ini.

MELAKA: Kepala Staf Angkatan Darat Tentera Nasional Indonesia Jeneral George Toisutta dianugerahkan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kanan Kehormat yang menjadi lambang kebanggaan Briged Ke-10 Para.

Anugerah itu disampaikan oleh Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaludin pada satu majlis sempena lawatan khas George ke Kem Terendak, Sungai Udang dekat sini, hari ini.

Kepala Staf Angkatan Darat Tentera Nasional Indonesia Jeneral George Toisutta (kanan) beramah mesra dengan Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaludin (kiri).

Turut hadir Panglima Briged Ke-10 Para, Brig. Jeneral Ismet Nayan Ismail dan majlis disaksikan kira-kira 2,100 anggota dan pegawai briged berkenaan.

Anugerah itu diberikan kepada George, 57, sebagai penghargaan terhadap jasa dan sumbangan beliau kerana hubungan kerjasama erat antara Tentera Nasional Indonesia dan Angkatan Tentera Malaysia.

Kepala Staf Angkatan Darat Tentera Nasional Indonesia Jeneral George Toisutta (enam,kanan) bersama Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaludin (lima,kiri) bergambar bersama anggota dan pegawai briged ke-10 Para.

Beliau pernah menjadi Panglima Komando Strategi Darat Tentera Nasional Indonesia sebelum dilantik ke jawatan sekarang pada 9 November 2009.

Sebagai menyambut ketibaan George di kem itu, anggota briged berkenaan melakukan demontrasi dinamik mengenai ketangkasan mereka dalam melaksanakan sesuatu tugasan termasuk aksi oleh pasukan payung terjun.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: