Sunday, May 9, 2010

Kembali menagih cinta




SOSIALIT ternama, Paris Hilton mengakui bahawa dia tetap gagal untuk melupakan bekas tunangnya, Jason Show. Baginya, model profesional berkenaan cukup sempurna dan merasa kesal kerana memutuskan hubungan tersebut pada 2003.

''Kita tengok apa yang berlaku pada masa akan datang. Buat masa sekarang, saya sangat cintakan dia. Kami pernah bersama dan saling mengenali antara satu sama lain dalam satu tempoh yang cukup lama," katanya ketika menjadi artis undangan dalam siri bual bicara popular, Ellen DeGeneres.

Pada masa yang sama, Paris memberitahu bahawa dia mengalami proses perkenalan cukup menderita apabila berjumpa dengan lelaki baru. Itu yang dialami ketika bersama dengan bekas kekasihnya, Doug Reinhardt yang berpisah pada Mac lalu.

''Memang sukar untuk menjalinkan satu hubungan yang baru. Anda bertemu dengan lelaki yang belum diketahui minat dan kegemarannya. Pasti mengambil masa yang cukup lama," tambah jutawan muda ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: