
SELAIN program Eksklusif 1 yang disiarkan di TV1, beberapa program berkonsep penyiasatan terlebih dahulu memikat hati penonton.
Ada antara isu yang dikupas program tersebut menjadi isu negara dan perdebatan bukan sahaja di kalangan penonton tetapi sehingga ke pihak menteri.
Realitinya, semakin banyak program berkonsep yang sama timbul menandakan semakin banyaklah masalah tidak kira jenayah mahu pun sosial membelenggu rakyat Malaysia hari ini.
Namun, adakah kewujudan program-program penyiasatan realiti itu mampu memberi kesedaran buat penonton dan pihak berwajib atau ia sekadar program yang hanya dibikin untuk menaikkan rating sesebuah stesen televisyen?
Jawapannya, hanya terletak kepada penonton yang menonton program tersebut sama ada untuk melihatnya untuk menambah ilmu atau menimbulkan kesedaran dalam diri. Kosmo! memaparkan beberapa program penyiasatan yang pernah dan masih wujud di stesen televisyen tempatan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: