
TEKANAN akibat bekerja menyebabkan tubuh dan minda menjadi lesu. Mungkin pusat kesihatan dan kecantikan atau spa menjadi tumpuan untuk diri kembali bertenaga.
Namun tidak banyak pusat kesihatan dan kecantikan yang menjanjikan kepuasan sepenuhnya kepada pelanggan terutama kepada mereka yang mendambakan konsep alam semula jadi.
Jauh dari hiruk-pikuk dan kesesakan hutan batu di kota, The Banjaran Hotsprings Retreat (The Banjaran) menjanjikan belaian alam yang mengasyikkan dengan menghidangkan panorama indah nan permai.
Mula dibuka Januari lalu, The Banjaran merupakan pusat kesihatan dan kecantikan mewah semula jadi pertama di Malaysia.

Terletak di Tambun, Perak, pusat kesihatan dan kecantikan bertaraf lima bintang itu dibina di kawasan lembah hutan tropika seluas 6.714 hektar. Ia dilengkapi kolam air panas geotermal semula jadi dan dikelilingi bukit-bukit batu kapur.
Pendek kata, ia merupakan tempat istirehat yang menggabungkan pusat kecantikan mewah dengan kemudahan spa yang berkonsepkan keseimbangan di antara alam dan kesihatan.
The Banjaran mempunyai 25 vila mewah yang dikelilingi persekitaran semula jadi sekali gus menjanjikan suasana damai bagi menyempurnakan pelbagai regim senaman seperti yoga, qi gong dan tai chi.
Selain itu, pengunjung juga berpeluang berendam di dalam kolam air panas semula jadi yang mengeluarkan tiga juta liter air panas segar setiap hari.
![]() |
| PENGUNJUNG dapat menenangkan fikiran apabila bermeditasi di dalam gua berusia 400 juta tahun. |
Di The Banjaran juga terdapat kolam air panas semula jadi ala jakuzi. Kolam-kolam itu mempunyai suhu antara 40 hingga 70 darjah Celsius di mana pengunjung boleh memilih darjah kepanasan yang diingini mengikut ketahanan masing-masing.
Di bahagian timur kawasan itu, berdiri megah gua stim termal yang berfungsi sebagai terapi yang dapat membantu menenang dan menghilangkan toksin dalam badan.
Pengunjung juga berpeluang bermeditasi di dalam gua berusia 400 juta tahun, menyegarkan badan dengan air hutan hujan berhampiran, melakukan refleksologi dan membuat terapi spa kaki di Garra Rufa Dr. Fish Pool.
![]() |
| SUASANA damai menyambut pengunjung saat melangkah masuk ke dalam The Banjaran. |
Elemen bumbung jerami di setiap vila dan reka bentuk vila amat bersesuaian dengan keadaan topografi sedia ada yang dilengkapi landskap, sumber air, gua, tumbuh-tumbuhan semula jadi yang membangkitkan suasana nyaman dan tenang.
Apa yang membuatkan The Banjaran berlainan dengan spa yang sedia ada ialah ia merupakan spa pertama yang dibina di kawasan semula jadi yang dikelilingi bukit batu kapur, gua semula jadi, hutan purba dan air terjun.
Ia turut menampilkan elemen rawatan kesihatan daripada tiga budaya iaitu Melayu, India dan Cina. Spa itu turut menyediakan rawatan tradisional Melayu, Ayurveda dan perubatan tradisional Cina yang merangkumi konsultasi serta rawatan.
![]() |
| HIASAN laman dalam The Banjaran mengujakan pengunjung yang datang. |
The Banjaran juga mempunyai barisan produk penjagaan kesihatan dan aroma terapi yang menepati standard antarabangsa.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej-pakej yang ditawarkan dan membuat tempahan, anda boleh menghantarkannya di sales.kl@thebanjaran.com.



No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: