
YOKE KWANG (mencangkung dua dari kanan) memeriksa motosikal peserta Ekspedisi 1Malaysia Kembara ke Bumi Suci 2010 di Bandar Baru Sungai Buloh semalam.
KUALA LUMPUR - Debaran Ekspedisi 1Malaysia Kembara ke Bumi Suci 2010 semakin terasa apabila peserta membuat pemeriksaan terakhir terhadap motosikal masing-masing di sebuah bengkel di Bandar Baru Sungai Buloh semalam.
Ketua ekspedisi, Mohamed Assir Mohamed Ariff (gambar), 40, berkata, pemeriksaan teliti dibuat bagi menentukan motosikal dan alat ganti berada dalam keadaan sempurna.
"Perkara terpenting sebelum memulakan ekspedisi ialah memastikan motosikal diservis dengan sempurna kerana sebarang kelalaian akan merencatkan ekspedisi.
"Selain itu, alat ganti motosikal yang dibawa mesti bersesuaian dan mencukupi kerana kawasan yang dilalui mungkin tidak ada alat ganti," katanya ketika ditemui.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: