![]() Kamal Adli dan Intan Ladyana turut memeriahkan. Akhbar mingguan paling berpengaruh, Mingguan Malaysia akan menganjurkan acara Karnival Suara Malaysia bertempat di Padang A, Plaza Angsana Johor Bahru, Johor pada 29 dan 30 Mei ini. Acara yang dianjurkan bersama EDLife Sdn. Bhd ini akan memudahkan lagi masyarakat untuk berinteraksi bersama dengan beberapa agensi kerajaan yang akan turut serta. ![]() Jay Jay (kanan) turut beraksi. Antara agensi kerajaan yang telah mengesahkan penyertaan mereka ialah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Turut terlibat beberapa syarikat korporat terkemuka termasuk UDA South Land dan pelbagai agensi lain. Selain daripada booth pameran, terdapat juga pameran pengantin yang akan dijayakan oleh Hotel Selesa, Johor Bharu. Jualan produk industri kecil dan sederhana (IKS) dan penyertaan produk-produk pengguna yang akan turut sama menjayakan Karnival Suara Malaysia. Bagi merancakkan lagi karnival ini, pelbagai aktiviti menarik diatur termasuklah pertandingan karaoke URTV, pertandingan tarian jalanan, pertandingan kucing tercantik, gerai jualan selebriti, pameran Kembara Mingguan Malaysia dan banyak lagi acara lain yang juga menawarkan hadiah berupa wang tunai dan hadiah iringan. ![]() Zamani kini kembali setelah rakam single baru. Pada malam terakhir, akan berlangsungnya Mini Konsert Pancaindera yang turut membariskan artis-artis popular tanah air Hattan, Jay Jay, Zamani Slam, Roslan Shah, Amylea dan ramai lagi. Sebagai kelainan mini konsert ini turut menampilkan pelakon-pelakon popular seperti Jehan Miskin, Intan Ladyana, Kamal Adli dan Fizo Omar yang bakal tampil dengan pelbagai sketsa menarik mereka. Karnival ini juga dijangka mampu menarik perhatian lebih 100,000 pengunjung sekitar Johor dan Singapura. Ia juga akan menjadi titik permulaan kepada Karnival Suara Malaysia yang akan menemui orang ramai di Bentong, Pahang pada akhir Jun dan Kota Kinabalu, Sabah (akhir Julai) dan Perak (akhir Oktober) dan Kuala Lumpur (akhir November). Selain akhbar Mingguan Malaysia, majalah URTV juga akan bertindak selaku majalah rasmi dan Suria FM sebagai radio rasmi yang akan memberikan perkembangan terkini dari semasa ke semasa. Gerai pameran dan jualan masih lagi dibuka untuk usahawan, syarikat korporat, institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan dan swasta dan sebagainya. Sebarang pertanyaan mengenai perdaftaran gerai dan karnival ini, orang ramai boleh menghubungi talian 016-6680792 atau 012-2259645. |
Friday, May 14, 2010
Karnival Suara Malaysia bersama bintang popular
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: