Tuesday, May 11, 2010

Kareena Kapoor tak percaya hantu


KAREENA KAPOOR


AKTRES Kareena Kapoor baru-baru ini terlibat dalam sebuah penggambaran filem baru, Gilmaal 3. Bagi merealisasikan filem tersebut, penggambarannya dijalankan di sebuah hotel.

Sewaktu menjalani penggambaran di hotel tersebut, pelbagai versi kononnya hotel tersebut berhantu diceritakan oleh krew dan pelakon-pelakon lain yang terlibat sama. Menurut mereka, kononnya ada seorang wanita pernah terbunuh di situ.

"Mereka juga memberitahu saya bahawa roh hantu wanita dengan lengkap sari putih itu selalu muncul pada setiap malam. Malah, mereka kata kononnya roh itu sangat kejam dan selalu mengganggu penghuni hotel sehingga mereka juga akhirnya membunuh diri," kata Kareena.

Bagaimanapun, jelas aktres cantik ini, walau dimomokkan dengan pelbagai cerita hantu sepanjang penggambaran tersebut, dia yang menetap di bilik suite sedikit pun tidak tergugat.

"Ya, saya ada perasaan takut apabila mereka kerap bercakap tentang roh hantu yang ganas itu dan meminta mereka berhenti membincangkan hal tersebut.

"Namun secara jujurnya, saya seorang yang tidak percaya tentang hantu. Malah, saya sendiri tidak mempunyai pengalaman melihat hantu sepanjang umur saya. Jadi, saya kurang percaya dengan kewujudan hantu," tegas Kareena.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: