
KUALA LUMPUR - K-Star Sports Limited (K-Star), pengeluar kasut sukan yang berpangkalan di China bercadang untuk memasuki pasaran tempatan dalam masa dua tahun akan datang.
Menurut Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan K-Star, Lim Yeow Eng, langkah tersebut hanya akan diambil setelah syarikat itu berupaya meningkatkan kapasiti pengeluarannya kepada enam juta pasang kasut setahun berbanding empat juta sekarang.
"Kami mempunyai perancangan untuk meluaskan lagi pasaran eksport kami ke luar negara tetapi ia hanya akan dilakukan apabila tiba masa yang bersesuaian.
"Perkara penting yang perlu dilakukan terlebih dahulu ialah meningkatkan keupayaan pengeluaran dengan menambah dua barisan pengeluaran yang mampu menambah kira-kira dua juta pasang kasut setiap tahun menjelang tahun 2011," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran prospektus bagi tawaran awam permulaan (IPO) syarikat tersebut di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: