Saturday, May 8, 2010

Hubungan Will, Cheryl direstui

LONDON: Bintang kumpulan Black Eyed Peas, Will.I.Am mengorak langkah selanjutnya dalam usaha memikat Cheryl Cole dengan menemui ibu penyanyi itu secara rasmi.

MAKIN INTIM...Cheryl (kanan) dan Will minum bersama, semalam.
MAKIN INTIM...Cheryl (kanan) dan Will minum bersama, semalam.
Cheryl, 26, memperkenalkan Will kepada ibunya, Joan, 50, semalam.
Joan yang berpengaruh dalam kehidupan anaknya, menyokong Cheryl dalam krisis rumah tangganya dengan bitang bola sepak Chelsea, Ashley Cole.

Will minum bersama pasangan ibu dan anak itu selepas Cheryl turut muncul dalam konsert Black Eyed Peas di 02 Arena, London.

Pertemuan itu berlangsung dengan begitu mesra dan Will dilapor berjanji kepada Joan untuk menjaga penyanyi kumpulan Girls Aloud berkenaan.

Dia juga memuji cara Cheryl diasuh dan dibesarkan.


Will berkata: “Joan wanita hebat. Anda boleh lihat kenapa Cheryl begitu sopan. Dia mewarisi sifat ibunya. Joan merestui persahabatan kami.

“Saya merasakan siapa juga yang akan menjaga anaknya dan melindunginya, adalah orang yang baik pada pandangan mata ibunya.“Yang paling penting untuk Cheryl buat masa ini ialah kehadiran lelaki di sisinya yang boleh dia percaya dan boleh menghiburkannya.


“Saya berjanji kepada ibunya bahawa saya akan melakukan demikian.”

Will juga berkata: “Kami tidak boleh meminta sokongan lebih baik daripada Cheryl. Penonton amat sukakannya dan dia memang ratu pada pandangan rakyat Britain.

“Saya seronok bekerjasama dengannya. Kami sentiasa gembira sepanjang pertunjukan itu. Kami juga seronok ketika bersama selepas pertunjukan itu.”

Seorang saksi di Bar Bacardi VIP berkata: “Cheryl muncul bersama ibunya selepas Will tiba. Dia menghabiskan masa berbual dengan Joan yang datang untuk melihat persembahan anaknya.

“Dia kelihatan senang dengan Will dan kelihatan merestui persahabatan mereka.”
Will, 35, yang bekerjasama dengan Cheryl untuk album solo pertamanya, 3 Words, tidak merahsiakan perasaannya terhadap bintang Girls Aloud itu.

Dia diusik oleh anggota Black Eyed Peas berhubung keintiman mereka.

Akhbar The Sun semalam mendedahkan bagaimana rakan Will, Fergie, 35, berseloroh dengan berkata mahu meniduri pengadil rancangan X Factor itu sebelum Will dapat berbuat demikian.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: