Tuesday, May 11, 2010

Helen Mirren, Sophia Loren Dalam Senarai 10 Wanita Tercantik Dunia

Helen Mirren dan suaminya, Taylor Hackford hadir ke The 82nd Academy Awards pada 7 Mac 2010, di Los Angeles.

MEREKA sudah tua, tetapi masih cantik. Buktinya Helen Mirren, Catherine Deneuve dan Sophia Loren tersenarai dalam barisan 10 wanita tercantik di dunia.

Firma pakaian, Wizard Jeans mengeluarkan ranking tesebut selepas menilai jumlah liputan media dan foto terhadap mereka sepanjang tahun lalu.

Aktres Penelope Cruz, 36, mengungguli carta itu, sementara Claudia Schiffer, 40, menduduki tempat kedua.

Aktres Itali, Sophia Loren menghadiri rancangan televisyen "Wetten, dass..?" (Let's Make a Bet) pada 27 Februari 2010 di Erfurt, Jerman.

Manakala bintang Perancis, Deneuve, 67, di tempat kelima serta Dame Helen Mirren, 65, tempat keenam.

Selain itu, Sophia Loren, 76, yang berasal dari Itali berada di tempat ke-10.

Dia juga menempa rekod sebagai jelitawan paling tua dalam liga itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: