Sunday, May 9, 2010

Haram biayai dana sabotaj negara


Raja Abdullah bin Abdul Aziz


JEDDAH - Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah bin Abdul Aziz (gambar) kelmarin bertitah, pihak yang cuba membiayai kegiatan pengganas untuk mensabotaj negara dianggap penjenayah besar, lapor akhbar Arab News semalam.

Dalam perutusan kepada Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz Al-Asheikh yang juga Presiden Majlis Ulama negara itu, baginda menyokong fatwa majlis tersebut mewartakan hukuman haram kepada penyokong pengganas.

"Ia sama seperti pengganas yang mahu menghancurkan negara ," kata Raja Abdullah mengulas fatwa 20 panel ulama itu bulan lalu yang melarang dana aktiviti militan seperti Al-Qaeda dan Jemaah Islamiyah yang kononnya berjuang demi Islam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: