Thursday, May 13, 2010

Gah 1 cipta sejarah tersendiri

Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan mengukir sejarah tersendiri dalam penganjurannya apabila bakal mengadakan acara berprestij Malam Kemuncak Gah 1 Akhir di pentas terbuka bertempat yang akan berlangsung dari Taman Tema Air Sunway Lagoon.

Ia dijangka akan menjadi acara muzik terbesar RTM tahun ini apatah lagi setelah enam musim sebelum ini yang dikenali Hits 1 diyakini mampu diangkat ’segah’ namanya dalam mengiktiraf lagu-lagu terbaik sepanjang tahun.

kemuncak akhir Gah 1 mengetengahkan pencalonan lagu-lagu terbaik yang dipilih setiap bulan sepanjang musim ke enam lalu membariskan finalis artis popular seperti Misha Omar (gambar) menerusi lagu Cinta Adam dan Hawa, Azharina Azhar (Rawan), Stacy (Pakai Buang), Tomok (Rindu Terhenti), Faizal Tahir (Bencinta), Alyah (Tak Mungkin Kerana Sayang), Menggear Dunia (Stacy dan Adam), 6ixth Sense (Khatimah Cinta) dan Grey Sky Morning (Cinta Gila).

Empat anugerah yang dipertaruhkan pada malam kemuncak itu adalah kategori Anugerah Lagu Terbaik, Lagu Tempat Kedua, Persembahan Terbaik dan Lagu Paling Popular Pilihan SMS.

E’One dan Eyeja Arshad iaitu bekas peserta Bintang RTM 2004 merupakan pengacara pada malam tersebut

Dijadualkan berlangsung pada hari Ahad 30 Mei 2010 bermula jam 8.30 malam yang akan menemui peminat-peminat muzik tanah air secara langsung di saluran TV2 selain turut bersiaran di Saluran Astro 180 Muzik Aktif.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: