Thursday, May 13, 2010

Elie enggan hadir prosiding


ELIE


KUALA LUMPUR – Lelaki Lebanon, Elie Yousef Najem yang kelihatan sihat ketika berada di pekarangan Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam tiba-tiba mengadu diserang sakit jantung dan enggan menghadiri prosiding kes khalwatnya.

Sehubungan itu, Elie yang mengejutkan orang awam apabila hadir ke mahkamah dengan dikawal ketat oleh 15 orang pengawal peribadi hanya berada di luar dewan perbicaraan sebelum menghilangkan diri.

Kekecohan tidak berakhir di situ apabila Elie turut menghalang seorang jurukamera Astro merakamkan gambarnya.

Salah seorang pengawal peribadinya yang dikenali sebagai Salim kemudian mengemukakan alasan sakit jantung itu semasa prosiding berjalan di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zain.

“Majikan saya sedang mendapatkan rawatan di hospital kerana sakit jantung tapi saya tak pasti di mana lokasinya,” ujarnya.

Bagaimanapun, Mohd. Amran tidak menerima alasan tersebut dan satu waran tangkap dikeluarkan ke atasnya berkuat kuasa semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: