Monday, May 10, 2010

Dibunuh selepas terima gaji


ANGGOTA polis mengangkat mayat Mohd. Zambrizal yang ditemui mati dibunuh di rumahnya di Seksyen U12, Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Malang bagi seorang pengawal keselamatan sebuah kilang yang tidak sempat menikmati gaji pertamanya apabila dia dibunuh di sebuah rumah teres dua tingkat di Seksyen U12 di sini semalam.

Mayat Mohd. Zambrizal Mohd., 29, dari Sandakan, Sabah ditemui oleh penyelianya pada pukul 10 pagi terbaring di ruang tamu rumah dengan kepala dan mukanya pecah.

Pengawal keselamatan di sebuah kilang di Bukit Raja, Klang dekat sini itu tinggal bersama enam lagi rakannya di rumah yang dijadikan asrama tersebut sejak sebulan lalu selepas berhenti menjadi seorang bouncer kelab malam.

Difahamkan, ketika ditemui, gaji sebanyak RM1,200 yang baru diterimanya pada malam kelmarin lesap dipercayai dilarikan penyamun.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: