Bercerita mengenai kisah cinta, Cik Normah teringat sepasang kawan baik yang menafikan mereka bercinta. Cik Normah pun kurang pasti sejauh mana kebenaran percintaan mereka kerana apabila ditanya masing-masing menafikannya.Dalam dunia hiburan, perkataan teman tapi mesra memang sudah sering kita dengar. Tapi Cik Normah meluat pada artis yang sibuk menyorokkan kisah cinta mereka, bila dah retak menanti belah, barulah buat muka tak malu bercerita kepada media.
Kata si pemberi maklumat, artis wanita itu yang ‘over’ berbanding teman lelakinya. Depan-depan kru pun dengan selamba saja dia mengusap wajah teman lelakinya itu seolah-olah tiada segan silu walaupun kisahnya sebelum ini hangat dimainkan di dada akhbar.
Kata kawan Cik Normah, si lelaki nampak cool je, tapi si perempuan pula yang melebih-lebih. Hai, pandai-pandailah ya. Jangan esok lusa tertangkap buat benda yang tak senonoh sudahlah, ingat sikit negara kita ni bukannya Hollywood. Apa lagi dengan sejarah hidup kedua-duanya, bertambahlah caci keji orang. Harap muka saja cantik dan kacak tetapi perangai busuk pun tiada gunanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: