Sunday, May 9, 2010

Debaran HanYe Seul bertemu si kacak




KOREA Selatan, Han Ye Seul berdebar apabila bergandingan dengan aktor kacak, Jang Keun Suk dalam filem terbaru, You’re Pet.

Pihak pengurusan Ye Seul mengesahkan

perkara itu dan itulah kali pertama kedua pelakon itu digandingkan.

‘‘Ye Seul teruja dapat melakonkan peranan utama dalam You’re Pet. Namun, dia lebih berdebar-debar bila berdampingan dengan Keun Suk,’’ kata jurucakap model kelahiran Los Angeles California Amerika Syarikat (AS) itu.

Filem You’re Pet diterbitkan berdasarkan komik Jepun. Ia mengisahkan seorang editor wanita yang jatuh cinta dengan pekerjanya yang berwajah jelita.

Ia turut menerapkan nilai-nilai seperti kepentingan wang dan jawatan yang bertentangan antara dua darjat. Filem itu bakal menjalani penggambaran pada Jun ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: