Monday, May 10, 2010

Bertam Ulu kembali gah

PENANTIAN mereka untuk layak ke Grand Final Karnival Futsal i-Metro selepas mencubanya di tiga zon terdahulu akhirnya terlaksana apabila Bertam Ulu membuktikan penguasaan mereka untuk muncul juara Zon Selatan Karnival Futsal i-Metro, semalam.

JAGOAN...pasukan Bertam Ulu, Lady Bestari dan A&B Sports gah  menjadi juara kategori masing-masing bagi Karnival Futsal i-Metro Zon  Selatan yang berlangsung di Sport Prima Futsal Centre, Johor Bahru,  semalam.
JAGOAN...pasukan Bertam Ulu, Lady Bestari dan A&B Sports gah menjadi juara kategori masing-masing bagi Karnival Futsal i-Metro Zon Selatan yang berlangsung di Sport Prima Futsal Centre, Johor Bahru, semalam.
Selepas mencuba bermula di Zon Tengah, Utara dan Timur, Sports Prima Futsal Center akhirnya menjadi saksi kebangkitan semula wakil Melaka itu yang cukup sinonim dengan pertandingan ini.

Mereka membuktikan penguasaan untuk bergelar juara apabila menewaskan pasukan dari Pantai Timur, Gelombang B, 3-0 dalam perlawanan akhir yang disaksikan hampir 5,000 penonton.

Bagi ketua pasukan, Jamaludin Alias, kemenangan itu juga secara tidak langsung berjaya melunaskan dendam yang tersimpan selama dua tahun apabila lawan yang sama meranapkan impian mereka untuk bergelar juara Grand Final 2008 apabila tewas di pusingan keempat.

“Kejayaan ini cukup menggembirakan. Penantian kami untuk ke Grand Final akhirnya terlaksana.

“Kami memang bekerja keras untuk mara ke Grand Final kerana bagi kami, Futsal i-Metro adalah satu pertandingan yang kami rasa tidak lengkap jika kami gagal untuk mara ke Grand Final.

“Kini kami bersyukur impian itu terlaksana dan semoga tuah 2007 akan berulang sekali lagi apabila kami muncul juara Zon Timur dan akhirnya bergelar juara Grand Final,” katanya.Dalam perlawanan akhir itu, Bertam Ulu bermula agresif seawal wisel dibunyikan. Mereka mula menyusun serangan sehingga tidak membenarkan lawan membuat percubaan.


“Perlawanan sebenarnya seimbang, cuma rezeki memihak kepada kami apabila mempunyai lebih banyak peluang untuk mencipta gol,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada penaja baru skuad itu, Equal Weishing Sdn Bhd menerusi pengurusnya, Sani Abdul Rahman dan Irwan Amin yang banyak membantu memberikan sokongan.

Kejayaan Bertam Ulu itu membolehkan mereka membawa pulang wang tunai RM5,000 selain hadiah iringan berupa medal, barangan sukan tajaan Figos dan cenderahati Kumpulan AmBank.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: