
KUALA LUMPUR - "Saya sudah menjelajah banyak tempat dengan motosikal tetapi misi kali ini terasa begitu berbeza sekali kerana ia merupakan perjalanan ibadah".
Demikian kata Pengarah Urusan Israq Adventure Sdn. Bhd., Azman Baharuddin, 47, menerusi 'Ekspedisi 1Malaysia Kembara ke Bumi Suci 2010' merentasi 11 negara membabitkan perjalanan sejauh kira-kira 15,000 kilometer dalam tempoh 52 hari menuju ke Mekah dengan menggunakan motosikal berkuasa besar termasuk sebuah kenderaan pacuan empat roda.
Beliau yang sebelum ini pernah menyertai 11 ekspedisi jarak jauh di serata dunia bermula sejak tahun 1999, terpanggil untuk menjayakan misi tersebut apabila sering didorong oleh rakan-rakannya.
"Ada kawan saya cakap tempat lain semua sudah pergi, tetapi Mekah tidak pernah sampai menyebabkan saya benar-benar ingin menjayakan ekspedisi ini," katanya ketika ditemui Kosmo! di Ampang, dekat sini.
Ekspedisi yang bermula Jumaat ini bakal melalui 11 negara iaitu Thailand, Laos, China, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Turkmenistan, Iran, Turki, Syria, Jordan, Arab Saudi (berakhir di Mekah) 5 Julai depan.
Ekspedisi sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-64 itu turut bertujuan mempromosikan semangat 1Malaysia di pentas dunia.
Azman menjelaskan, kebimbangan utama beliau ialah keadaan peserta yang masih baru dan tidak mempunyai pengalaman dalam ekpedisi jarak jauh.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: