Friday, May 14, 2010

BBCC 'bandar dalam bandar'


JAAFAR di hadapan lakaran artis projek BBCC yang akan dibangunkan di tapak bekas Penjara Pudu di Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR - Pembangunan Pusat Bandar Bukit Bintang (BBCC) oleh UDA Holdings Berhad (UDA) di tapak bekas Penjara Pudu akan dimajukan dengan berkonsepkan 'bandar dalam bandar'.

Pengarah Urusan UDA, Datuk Jaafar Abu Hassan berkata, BBCC yang merupakan pembangunan bercampur itu akan turut merangkumi pembinaan sebuah taman rekreasi, masjid, pusat beli-belah seluas lebih 92,903 meter persegi, hotel bertaraf empat atau lima bintang serta unit kediaman.

"Nilai semasa pasaran tanah di kawasan sekitar dianggarkan tidak kurang RM700 sehingga RM750 setiap kaki persegi (0.092 meter persegi).

"Oleh itu pembinaan BBCC ini perlu seiring dengan harga tanah tersebut," katanya kepada pemberita di ibu pejabat UDA di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: