![]() |
| Sebuah khemah mudah alih separa bulat yang dilengkapi projektor dan komputer di dalamnya yang akan memaparkan kedudukan sebenar bintang-bintang di angkasa bagi tujuan pembelajaran, akan menjadi tarikan pada Festival Hari Guru 2010 di Kuantan. |
KUALA LUMPUR 9 Mei – Artis popular juga mahu meraikan guru pada tahun ini.
Artis popular tanah air, Adam AF, Shila One In A Million (OIAM), Adibah Noor dan Imran Ajmain akan turut menghiburkan guru dan pengunjung Festival Hari Guru 2010 di East Coast Mall - selain bertemu peminat masing-masing.
Adibah Noor membuat persembahan pada hari Jumaat ini bermula 5 petang hingga 6 petang. Adam AF pula menyusul pada hari yang sama pukul 8.30 malam.
Sheila OIAM pula akan membuat persembahan pada hari Sabtu ini pukul 1 tengah hari dan Amran Ajmain menyusul selepas itu.
Upin Ipin akan muncul pukul 3 petang Sabtu dan Ahad pukul 11.30 pagi.
Petrosains
Petrosains Sdn. Bhd. akan sama-sama memeriahkan Festival Hari Guru 2010 di Kuantan, Pahang dengan menyediakan StarLab kepada pengunjung bagi merasai dan mempelajari tentang bintang-bintang yang terdapat di cakerawala.
Starlab merupakan sebuah khemah mudah alih separa bulat yang dilengkapi projektor dan komputer di dalamnya yang akan memaparkan kedudukan sebenar bintang-bintang di angkasa bagi tujuan pembelajaran.
Pengarah Bahagian Program Luar Petrosains, Kamaruddin Kassim berkata, pihaknya ingin bersama-sama meningkatkan kesedaran masyarakat tentang sains dalam kehidupan.
“Ia juga diharap dapat memupuk masyarakat yang membudayakan sains dalam kehidupan seharian serta meneroka pelbagai cabang sains yang sangat luas,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Menurutnya, pendedahan dan pembelajaran yang diterapkan oleh Petrosains adalah lebih berbentuk tidak formal tetapi interaktif serta menyeronokkan.
“Selain mempelajari dan mengkaji kedudukan bintang, pengunjung terutamanya para pelajar dan guru juga boleh mempelajari tentang arah pergerakan angin dan awan serta yang berkaitan,” jelasnya.
Katanya lagi, Starlab ini turut membantu guru-guru memberi pemahaman yang lebih kepada para pelajarnya sebagai tambahan kepada apa yang mereka pelajari di dalam kelas.
“Pembelajaran yang disediakan Starlab dengan bantuan visual dan gambaran sebenar akan membantu pelajar memahami perkara tersebut dengan lebih mendalam,” ujarnya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: