Sunday, May 9, 2010

Alam tafsiran Ramli


KEINGINAN BELUM TERTUNAI Persis lirik 'selagi ada bulan ada bintang, hamba jalan' yang dilantun daripada lagu Qasidah Kampungan, Ramli merendah diri sebagai orang yang tiada cita-cita ketika ditanya tentang keinginannya yang belum tertunai."Sejak kecil saya tiada cita-cita. Saya mendepani hidup mengikut rasa dan gerak hati."


MENDENGAR getar lantunan yang terbit daripada kotak suaranya, hati mudah larut, lantas mudik ke alur gema yang berbaur banyak rasa hingga berlabuh di lembah syahdu.

Bukan terlalu memuja tetapi lelaki yang melepasi usia separuh abad bernama Ramli Sarip ini sebenarnya sudah tersangat layak untuk duduk dan berdiri di atas panggung batu ambar.

Dalam sedar atau tidak, sudah lebih 40 tahun muziknya mengalir mengisi perjalanan zaman. Kembara seninya subur membiak. Tahun 2010 menjadi cerminan bahawa anak Melayu Singapura itu masih perkasa berlagu tanpa puas.




Gelaran 'Papa Rock' yang diberi tanpa pintanya itu jadi pengukur kredibiliti Ramli bahkan tidak keterlaluan dia juga sumber rujuk kepada benih rock yang mahu bercambah.

Mahalnya seorang Ramli Sarip, nyanyiannya dirasakan keluar daripada jiwa yang dalam dan meresap ke jiwa para penggemar karyanya. Meminjam emosi Konsert Tafsiran Alam yang akan dinikmati pengikut setianya esok, bekas vokalis kumpulan Sweet Charity itu diintai ceritanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: