LONDON: Ia terkenal di seluruh dunia sebagai pusat beli-belah utama, menjual pelbagai barangan mewah.
HARRODS...cantik pada waktu malam.
SETUJU...Al Fayed (kanan) dan Ahmad berjabat tangan selepas menandatangani perjanjian jual beli semalam.
Dalam perjanjiian yang ditandatangani jam 3 pagi di London semalam, pusat beli-belah setinggi enam tingkat itu di Knightsbridge secara rasmi dibeli oleh Qatar Holding, agensi pelaburan negara Teluk itu yang kaya dengan minyak dan gas.
Sumber yang rapat dengan perjanjian berkenaan berkata, Harrods ditawar untuk dijual secara sulit sejak lebih setahun lalu dengan harga £2 bilion (RM9.7 bilion).
Bagaimanapun, satu pasukan yang diketuai Ketua Eksekutif Qatar Holding, Ahmad Mohammed al Sayed berjaya menurunkan harga itu kepada £1.5bilion (RM7.3 bilion).
Beliau sudahpun membuat pelaburan besar dalam Barclays, Volkswagen Porsche dan Canary Wharf.
Harrods yang diuruskan oleh Al Fayed, 77, warga Mesir sejak 25 tahun lalu, kini akan dikuasai oleh keluarga diraja Qatar yang diketuai oleh Emir Sheikh Hamad bin Khalifa, 57.Beliau pernah menjalani latihan sebagai pegawai tentera di Sandhurst pada 1971 sebelum menjadi Ketua Tentera Qatar.
Beliau merampas takhta dengan menggulingkan bapanya yang bercuti di Switzerland 15 tahun lalu.
Sheikh Hamad mempunyai 27 anak hasil perkahwinan dengan tiga wanita dan hanya isteri keduanya, Sheikha Mozah bint Nasser al Missned sering muncul di khalayak ramai.
Al Fayed akan kekal sebagai Pengerusi Kehormat Harrods.
Bagaimanapun, beliau akan bersara daripada menguruskan operasi harian syarikat berkenaan yang dibelinya dengan harga £615 juta (RM3 bilion) pada 1985.
Michael Ward pula akan kekal sebagai pengarah urusan.
Syarikat Al Fayed yang lain, Kelab Bola Sepak Fulham, Hotel Ritz di Paris yang dikendalikan adiknya, Ali dan syarikat pakaian, Turnbull & Asser, tidak termasuk dalam jualan itu.
Rekod akaun terbaru yang difailkan di Britain menunjukkan hasil jualan Harrods untuk 12 bulan hingga Januari 2009 ialah £752 juta (RM3.64 bilion).
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: