Kumpulan koir Akademi Muzik Bently (BMA) berehat seketika semasa latihan di akademi itu di sini. Akademi yang terletak di Mutiara Damansara itu dirasmikan oleh Pengarah Projek akademi, Ken Phua semalam. Beroperasi sejak tahun lepas, akademi itu mempunyai 22 studio akoustik, dewan nyanyian dan dewan konsert yang boleh menampung 400 penonton dalam satu masa. KUALA LUMPUR: Akademi Muzik Bentley (BMA) yang dirasmikan pembukaannya hari ini dengan penonjolan moto "Prestasi Diutamakan!" berharap dapat mengubah corak pendidikan di Malaysia.
Pengetuanya yang berasal dari London, Paul Baker berkata rakyat Malaysia terlalu taksub dengan peperiksaan yang sebenarnya tidak sesuai dengan suasana dunia muzik di mana ia bukan mengenai menduduki peperiksaan dan belajar bersendirian di kelas.
"Bila kami mula merancang akademi tahun lepas pengerusi kami Phua Sin Loke meminta kami merancang sebuah akademi yang beliau cadang untuk memberi fokus bukan pada apa yang beliau boleh capai sebagai sebuah syarikat tetapi tentang bagaimana melakukan perbezaan sebenar menerusi sumbangan positif yang unik terhadap pendidikan muzik di Malaysia.
"Kami menjalankan banyak penyelidikan di peringkat perancangan dan mendapati beberapa isu yang kami fikir boleh menyumbang kepada langkah pembetulan.
"Pertama, sebagaimana kita semua tahu, Malaysia seperti kebanyakan negara Asia terlalu taksub dengan peperiksaan.
"Tetapi muzik bukan mengenai menduduki peperiksaan dan diajar solo dalam ruang kubikel," kata Baker pada pembukaan BMA di Petaling Jaya, di sini oleh pengarah projek Ken Phua.
Baker berkata, memang peperiksaan adalah alat penting untuk memantau kemajuan tetapi ini lebih dari itu - mengenai memperkongsikan keseronokan menghasilkan muzik bersama orang lain dan menyampaikan keseronokan itu kepada khalayak, tidak kira betapa besar atau kecil.
"Ketaksuban dengan peperiksaan ini membawa kepada ramai pelajar muzik berhenti bermain muzik atau membina teknik yang baik dengan sedikit bakat muzik sebenar yang boleh lahir dari pengalaman kerap bermain dengan orang lain," kata Baker.
Beliau berkata satu dari pendekatan yang mereka gunakan di akademi itu ialah menentukan setiap seorang dari fakulti pembelajaran berorientasikan prestasi seperti Steve Thornton, seorang 'percussionist' yang dihormati di peringkat antarabangsa dan Dr.Oh Yann Shie, warga Malaysia pertama yang lulus dengan ijazah kedoktoran dari Moscow State Tchaikovsky Conservatoire dalam Persembahan Piano.
Akademi tersebut, terletak di Mutiara Damanasara, mempunyai 22 studio pembelajaran dilengkapi dengan kemudahan akoustik, dewan nyanyian serba canggih yang boleh menempatkan 150 orang, dan dewan konsert yang mempunyai 400 tempat duduk.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: