Friday, May 7, 2010

10,000 pengguna UniFi tunggu giliran




KUALA LUMPUR - Kira-kira 10,000 pengguna berada di dalam senarai bagi pemasangan perkhidmatan jalur lebar, UniFi, yang ditawarkan oleh Telekom Malaysia Bhd. (TM).

UniFi merupakan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Mac lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif TM, Datuk Zamzamzairani Mohd. Isa (gambar) berkata, sehingga kini perkhidmatan itu telah mendapat maklum balas positif di mana lebih 1,700 pengguna telah melanggannya.

"Ketika ini, apa yang dirancang telah mengikut jadual seperti sebelumnya dan bermula Julai ini ia akan dikembangkan kepada 18 kawasan baru," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan ke-25 di sini semalam.

Hadir bersama ialah Pengerusi TM, Datuk Dr. Halim Shafie dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Datuk Bazlan Osman.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: