Thursday, April 15, 2010

Reda ketegangan, tenangkan fikiran

PENAT lelah bekerja seharian sememangnya wajar dibayar dengan meluangkan masa seketika untuk membelai diri di pusat rawatan spa.

RAWATAN TRADISI...urutan dan lulur adalah antara rawatan tradisi  yang diamalkan masyarakat Melayu sejak turun temurun.
RAWATAN TRADISI...urutan dan lulur adalah antara rawatan tradisi yang diamalkan masyarakat Melayu sejak turun temurun.

REDA TEKANAN...membelai diri di spa kini menjadi salah satu gaya  hidup  masyarakat di negara ini. LUAS...antara bilik rawatan yang disediakan di spa ini. ALA TRADISIONAL...selain urutan di atas katil, pengunjung juga  berpeluang merasai keunikan kaedah urutan tradisional yang dilakukan di  atas tilam di lantai. ASLI...bahan rawatan yang diperbuat daripada ramuan semula jadi. TERAJU UTAMA...Fazlisa (kanan) bersama teraju utama jenama  Tanamera iaitu Mohamed Faisal Ahmad Fadzil dan Faridah. SELESA...tab mandian turut disediakan untuk pengunjung.


REDA TEKANAN...membelai diri di spa kini menjadi salah satu gaya hidup masyarakat di negara ini.
Biarpun ada yang berpendapat memperuntukkan masa beberapa jam di spa mungkin membuang masa, tetapi gaya hidup berkenaan semakin diterima kerana ramai yang mempercayai ia terapi terbaik untuk meredakan tekanan.


Kekangan masa dan kesibukan pula biasanya sering dijadikan alasan oleh wanita terutama yang berkerjaya untuk memanja dan mendapatkan rawatan wajah di spa apatah lagi pusat kecantikan biasanya jauh dari kawasan kediaman mereka.


Namun, dengan pembukaan francais Spa Tanamera terbaru di Dataran Pelangi, Bandar Utama, Petaling, Jaya, baru-baru ini, menepis pendapat segelintir masyarakat yang menganggap pusat rawatan kecantikan hanya tertumpu di kawasan bandar dan hotel mewah.


Apa yang pasti, sebaik saja melangkah masuk ke pusat rawatan kecantikan badan ini, haruman semerbak minyak aroma terapi menyambut mesra kedatangan pengunjung. Bagi yang pertama kali berkunjung ke spa ini, pasti terpukau dengan rekaan dalamannya yang bukan saja tampak indah malah begitu mendamaikan.


Memilih lokasi yang agak jauh dari kota besar, pemiliknya, Fazlisa Mohd Fazillah, jelas mempunyai pendapat sendiri bahawa rawatan spa adalah untuk semua tidak kira apa juga latar belakang keluarga mahupun kerjaya.

Pembukaan spa itu, kata Fazlisa, sebenarnya memberi peluang kepada masyarakat di kawasan berkenaan untuk menikmati rawatan badan di spa terbaik berhampiran kediaman mereka.


Sebelum menikmati rawatan, pelanggan biasanya menunggu seketika di ruang yang disediakan sambil ditemani alunan muzik perlahan. Ia bagaikan membelai perasaan dan memberi ketenangan di fikiran.


Menurut Fazlisa, masyarakat moden hari ini berdepan dengan risiko penyakit yang dikatakan sebahagian besarnya berpunca daripada tekanan yang dihadapi dalam kerja serta kehidupan seharian.

Antara cara meredakan tekanan berkenaan adalah membelai diri dengan menjalani rawatan badan di spa yang membantu mengembalikan kesegaran dan kelesuan tubuh.


"Rawatan badan seperti urutan yang disediakan di spa sedikit sebanyak mampu membantu menyegarkan badan kerana ini melancarkan perjalanan darah serta oksigen ke seluruh anggota badan.


"Urutan yang dijalani juga dapat membantu meredakan ketegangan otot dan menenangkan fikiran selain amat sesuai bagi mereka yang ingin mengekalkan kecantikan luaran serta dalaman," katanya.


Selain itu, Fazlisa berkata, apa yang istimewa mengenai cawangan Spa Tanamera terbaru itu ialah ia menawarkan perkhidmatan rawatan badan dan kecantikan menyeluruh yang setanding dengan spa yang terdapat di hotel namun dengan harga perkhidmatan berpatutan.


Spa berkenaan menyediakan pelbagai rawatan seperti terapi gelombang air, lulur badan, stim, terapi urutan, meditasi, refleksologi serta rawatan rambut yang menepati cita rasa pengunjung.


"Dengan keluasan 1,900 kaki persegi, spa ini mempunyai dua bilik VIP yang mempunyai kamar mandi, tab mandi untuk stim, satu bilik khas untuk pelanggan yang memilih kaedah urutan tradisional, bilik rawatan rambut dan kaki serta ruang menunggu yang cukup selesa.


"Kami mempunyai barisan pakar terapi berpengalaman luas yang akan membantu pengunjung menerusi pelbagai pilihan pakej rawatan.


"Biarpun ditawarkan pada harga yang berpatutan, apa yang pasti, mutu khidmat rawatan yang diberikan setanding dengan spa mewah lain kerana kami menggunakan produk 100 peratus daripada bahan semula jadi yang tidak membahayakan kulit atau kesihatan," katanya.


Sementara itu, Pengasas Tanamera Spa, Faridah Ahmad Fadzil, berkata menerusi projek perkongsian bersama rakan kongsi pelaburnya, jenama itu kini memiliki lima cawangan iaitu masing-masing dua di Selangor (Kayu Ara dan Subang Jaya), Kuala Lumpur (Kompleks Pertama dan Sooka Sentral) serta di Mesra Mall, Terengganu.


Kata Faridah, pasukan Tanamera dengan seliaan perunding spa akan membantu rakan kongsi daripada segi penyediaan terapi tempatan yang terlatih, menu rawatan, protokol, latihan, bahan serta peralatan yang bersesuaian.


"Kami berharap mampu membina model spa kesihatan yang ideal bagi mempromosikan kaedah rawatan tradisi masyarakat Melayu ke peringkat antarabangsa yang selama ini dikuasai oleh Thailand dan Indonesia.


"Mungkin ramai yang tidak tahu, tetapi sebenarnya kaedah rawatan tradisional masyarakat Melayu yang diamalkan sejak turun-temurun sebenarnya mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri berbanding apa yang disediakan mengikut kaedah Thai atau Bali," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: