Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Noor Alif Wira Osman (kanan) menunjukkan tenggiling yang masih hidup bersama tenggiling yang mati dan sudah dilapah semasa sidang akhbar di pejabat Perhilitan negeri di sini hari ini. Sebanyak 67 ekor tenggiling bernilai kira-kira RM60,000 dirampas dalam serbuan di sebuah rumah teres di Jalan Raja Uda, Butterworth di sini pada 2.15 pagi tadi.PULAU PINANG: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pulau Pinang berjaya merampas 67 ekor tenggiling bernilai kira-kira RM60,000 dalam serbuan di sebuah rumah teres di Jalan Raja Uda, Butterworth di sini awal hari ini.
Pengarah Perhilitan negeri Noor Alif Wira Osman berkata dua lelaki berusia dalam lingkungan 30-an turut ditahan dalam operasi pada 2.15 pagi itu.
Pegawai Perhilitan memasukkan tenggiling yang dirampas ke dalam sangkar semasa sidang akhbar di pejabat Perhilitan negeri di sini hari ini."Siasatan awal mendapati rumah tersebut dijadikan stor simpanan tenggiling-tenggiling itu, yang diperoleh dari negeri di selatan dan akan dieksport ke luar negara untuk dijadikan makanan eksotik ataupun ubat-ubatan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Noor Alif berkata harga tenggiling yang tinggi, iaitu kira-kira RM220 sekilogram, dipercayai menjadi pendorong utama aktiviti penyeludupan itu.
Kedua-dua lelaki itu akan disiasat mengikut Seksyen 64(2)(A) Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 kerana memiliki binatang liar yang dilindungi sepenuhnya.
Beliau berkata bagi kesalahan memilik tenggiling yang tidak matang, mereka juga akan disiasat menurut Seksyen 65 dan Seksyen 66 Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda RM19,000 atau 18 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: