TAHNIAH... Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Rodzali Daud (kanan) mengucapkan tahniah ketika menyampaikan Piala Panglima Tentera Udara kepada pelatih Terbaik Keseluruhan, Lt Fairul Mod Rustham pada Upacara Perbarisan Penyampaian Sayap Penerbangan Kursus Asas Penerbangan Siri 70 & 71 dan Helikopter Siri 1250 & 1251 di Padang Kawad Kolej Tentera Udara (KTU) Kepala Batas, Alor Setar, hari ini. Seramai 35 pelatih berjaya menamatkan kursus penerbangan yang bermula pada 24 September 2007.ALOR SETAR: Buat julung kali, Kolej Tentera Udara (KTU) akan menghantar empat orang pelatih terbaiknya untuk menjalani latihan pengendalian pesawat pejuang di Kolej Kejuteraan Penerbangan di Risalpur, Pakistan.
Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Datuk Seri Rodzali Daud berkata para pelatih berkenaan akan berlepas ke Risalpur bulan depan untuk menjalani latihan selama setahun.
"Tujuan kita hantar pelatih-pelatih ke luar negara adalah untuk menampung keperluan kita melatih juruterbang pesawat pejuang.
"Diharap mereka akan berjaya dan kalau lulus, semuanya akan disalurkan ke pesawat-pesawat pejuang termasuk Hawk," katanya ketika ditemui pemberita selepas upacara penyampaian sayap dan sijil penerbangan di KTU Kepala Batas, dekat sini hari ini.
Seramai 35 pelatih yang berjaya menamatkan kursus asas penerbangan menerima sayap dan sijil masing-masing.
SATU MALAYSIA ... Tanpa mengira bangsa dan warna kulit, sebahagian pelatih bergembira dengan keluarga masing-masing selepas Upacara Perbarisan Penyampaian Sayap Penerbangan Kursus Asas Penerbangan Siri 70 & 71 dan Helikopter Siri 1250 & 1251.Menurut Rodzali, pelatih yang terpilih untuk menjalani latihan di Pakistan merupakan pelatih yang terbaik di kalangan 35 pelatih tersebut.
Beliau berkata selain Pakistan, TUDM akan turut mencari peluang bagi mengadakan latihan pengendalian pesawat pejuang dengan negara lain seperti India, Afrika Selatan dan Itali.
"Ia membolehkan TUDM menimba pengetahuan dari negara luar dan membawa balik ilmu-ilmu yang diperolehi untuk menambah baik keperluan di sini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: