Friday, April 16, 2010

Jelajah Lifebuoy dengan Amy Mastura


AMY MASTURA mengajak orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat melalui kempen Lifebuoy.


KESEDARAN mengenai ancaman penyakit di kalangan masyarakat membuatkan semakin ramai kini lebih peka mengenai penjagaan kebersihan dan kesihatan.

Bagaimanapun, di sebalik pelbagai kempen yang dijayakan, tidak semua golongan berjaya mendapatkan ilmu dan maklumat yang tepat mengenai cara penjagaan kebersihan terbaik.

Menyedari golongan berpendapatan rendah dan pedalaman antara yang sering tercicir daripada pengisian kempen kebersihan dan kesihatan, Lifebuoy Malaysia memikul tanggungjawab tersebut pendekatan 'turun ke padang'.

Melancarkan siri jelajah seluruh negara dengan slogan Jom Lebih Sihat bersama Amy Mastura dan Giant, ia merupakan susulan daripada kempen Malaysia, Jom Lebih Sihat! yang dilancarkan pada awal Mac lalu.

Kempen kolaborasi Lifebuoy dengan Giant itu memulakan siri jelajah sejak Mac lalu hingga 16 Mei di lima lokasi yang berbeza di seluruh negara. Ia juga dilangsungkan sempena kempen tahunan Famous Brand Giant.

Matlamat kempen itu adalah untuk mengukuhkan usaha Lifebuoy dalam mendidik orang ramai tentang kepentingan kebersihan peribadi melalui penggunaan produk-produk yang sesuai.


MEMBASUH tangan dengan sabun dan air bersih perlu dijadikan amalan harian yang kerap.


Pada masa yang sama, pengguna dapat menghindarkan diri daripada penyakit berbahaya yang semakin menular dalam masyarakat.

Siri jelajah itu juga merangkumi aktiviti-aktiviti sesi demonstrasi langkah-langkah membasuh tangan yang betul dan peraduan putar dan menang. Peraduan tersebut memberi peluang kepada orang ramai untuk memenangi hadiah-hadiah menarik bagi setiap pembelian produk-produk Lifebuoy dengan harga minimum RM15.

Lifebuoy juga akan mengadakan tawaran-tawaran hebat Happy Hour sekerap dua kali sehari semasa siri jelajah itu dijalankan. Para pembeli boleh mendapat satu pek isian semula dengan setiap pembelian satu liter sabun mandi Lifebuoy.


KEMPEN berterusan ini adalah usaha Lifebuoy mendidik orang ramai tentang kepentingan kebersihan peribadi melalui penggunaan produk-produknya.


Menurut Pengurus Bahagian Penjagaan Kulit, Unilever (M) Holdings Sdn. Bhd, Lenny Chuah kempen itu mencerminkan komitmen pihaknya yang berterusan kepada masyarakat untuk memastikan seluruh rakyat tidak kira bangsa, agama dan status sosioekonomi kekal sihat sepanjang masa walaupun dalam keadaan risiko kesihatan yang tinggi.

Dengan kerjasama Giant dan Amy Mastura, ia mempunyai sasaran untuk menghulurkan lebih banyak bantuan kepada masyarakat dan memastikan mereka sihat dan terhindar daripada penyakit.

Kempen yang dilancarkan pada 2 Mac itu akan menyaksikan tanggungjawab sosial Lifebuoy menyumbangkan sebiji sabun dengan setiap pembelian produk Lifebuoy kepada keluarga-keluarga kurang bernasib baik di Malaysia dari 1 hingga 31 Mac yang lalu.

Pada akhir tempoh anjuran kempen tersebut, Lifebuoy mahu mengumpulkan sejuta buku sabun untuk didermakan kepada orang kurang berkemampuan di seluruh negara.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: