Sunday, April 4, 2010

Ernie selesa imej baru, berani bergaya

Meraih gelaran juara Bintang RTM 2009, masih belum meletakkan Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri sebaris artis remaja popular lain, malah sehingga kini penyanyi kecil molek ini masih belum merasai bahang popularitinya.

Tidak mahu terus ketinggalan, Ernie bersama syarikat rakamannya, Fantasia Music City (FMC) mengatur pelbagai strategi untuk memastikan bintangnya terus bersinar. Selain muncul dengan single demi single, gadis yang berusia 17 tahun ini juga dilihat gigih melakukan transformasi terhadap imejnya.

Jika awal kemunculan, imejnya lebih bersahaja dan sempoi, kali ini Ernie semakin berani bergaya seksi. Malah ketika majlis pelancaran album Bintang Idola di Red Box, Mid Valley, baru-baru ini, dia tampil berpakaian agak seksi hingga menampakkan sebahagian pahanya.

Bagaimanapun, anak jati Kuala Lumpur ini mempunyai jawapannya sendiri. Ernie berkata, dia sudah biasa imej sedemikian dan berasakan pakaiannya itu bersesuaian dengan usia remajanya.

“Apa yang saya pakai ni, taklah terlalu seksi dan sesuai dengan usia saya yang baru 18 tahun.

"Keluarga saya pun tak pernah marah dengan apa yang saya pakai dan mereka faham. Saya juga berharap agar ia tidak menjadi isu,” katanya yang turut menafikan ingin meraih populariti dengan cara berpakaian seperti itu.



Ingin sambung belajar dalam bidang muzik



Tahniah kepada Ernie kerana memperoleh 5A dalam peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) baru-baru ini. Walaupun sibuk urusan seni, Ernie membuktikan kepada masyarakat dia mampu berjaya akademik.

Ernie berkata, dia sudah menghantar beberapa permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) dan berharap dapat meneruskan pelajaran dalam seni muzik. Dalam masa sama, dia harus melunaskan tanggungjawabnya dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selama tiga bulan.

“Banyak benda yang saya rancangkan, tapi semunya kena tanggu dulu sebab PLKN. Dalam tempoh ini, saya sepatutnya terlibat promosi single ketiga, Indahnya Erti Cinta, tapi mujurlah FMC banyak memberi kelonggaran dan bila tamat PLKN nanti barulah fokus nyanyian,” katanya kini menjalani Latihan Khidmat Negara di Kem Beranang, Selangor.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: