Saturday, April 24, 2010

Album Winnie K 'Close to Me' Dilancarkan

Winnie K ketika sesi fotografi selepas pelancaran album Close to Me, baru-baru ini.

SELEPAS kejayaan album penuh Bahasa Malaysia, Kau Ada Di Mana, Winnie K julung kali mengeluarkan album mini berbahasa Mandarin berjudul Close to Me.

Tema utama lagu ini menyentuh keadaan wanita urban hari ini dan bagaimana penyanyi berbakat serba boleh itu menjelmakan sifat-sifat wanita pada dirinya sendiri.

"Saya telah mengimpikan untuk mengeluarkan album berbahasa Mandarin untuk sekian lama. Akhirnya Warner Music Malaysia merealisasikan impian saya," katanya pada sidang media pelancaran album berbahasa Mandarin pertamanya yang berjudul Close to Me di karaoke Red Box, IOI Mall kelmarin.

Album mini itu mengandungi empat lagu iaitu Close to Me, Bad Girl, I Will Not surrender dan Jia You untuk album ini.

Winnie K bekerjasama dengan produser terkenal seperti Percy Phang, Lee Zhi Qing, Tang Xiao Kang dan Zheng Ke Wang.

Close to Me

Tang ialah produser lagu ini dan ia dilirikkan Zheng Guo Xiang. Liriknya menceritakan betapa kepingin wanita urban hari mencari cinta dan kebahagiaan yang berkekalan.

Saksikan video muziknya yang menarik. Winnie K dipersembahkan berterbangan seperti malaikat.

Bad Girl

Lagu ini diterbitkan Lee Zhi Qing. Ia adalah lagu tarian yang cuba memberitahu semua wanita bahawa wanita nakal biasanya berkecenderungan tinggi untuk melakukan sesuatu.

Bagi Winnie, kehidupannya adalah suatu perjalanan roller-coaster.

I Will Not Surrender

Lagu itu adalah sebuah lagu bertemakan hati atau emosi. Ia sesuai kepada wanita yang mengalami saat-saat sukar dalam kehidupan mereka.

Ia adalah cerita sebenar Winnie K tentang bagaimana dia berjuang selama ini dalam industri muzik.

Jia You

Lagu Jia You digubah dan dilirikkan penyanyi berbakat ini. Terdapat dua versi iaitu versi asal dan versi Kuala Lumpur Racquet Club (KLRC).

Versi KLRC itu dihasilkan ekoran minat mendalam Winnie K dalam permainan badminton.

Lagu itu berkenaan memotivasikan sesiapa agar berani berdepan dengan cabaran dalam hidup mereka.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: