SEREMBAN - Vokalis utama sebuah kumpulan rock terkenal era 90-an kini menjalani rawatan pemulihan di Pusat Khidmat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Port Dickson dekat sini.
Vokalis tersebut yang disahkan sebagai penagih dadah tegar mula menjalani rawatan pemulihan sejak Jumaat lalu selepas dihantar oleh ahli keluarganya sendiri.
Bagaimanapun Pengarah AADK negeri, Abdul Rahman Hamid ketika dihubungi enggan mengulas lanjut kerana menghormati permintaan keluarga mereka.
"Saya menghormati keluarga penyanyi ini dan berharap identitinya tidak dihebahkan kepada umum demi reputasinya serta ahli keluarga,'' jelasnya.
sapa artis ni ye??????
ReplyDeleteada sapa2 yg tahu?