Sunday, March 21, 2010

Vivek tetamu Istana Jaipur


VIVEK OBEROI


BERSAMA penerbitnya, Kumar Taurani, aktor Bollywood, Vivek Oberoi baru-baru ini berada di Jaipur, Rajasthan, India bagi memeriahkan sebuah acara pesta yang diberi nama Hanso Jaipur.

Vivek dijemput sebagai tetamu kehormat yang menyempurnakan acara pelepasan untuk pertandingan lumba lari kategori wanita.

Apa yang lebih istimewanya, tidak sekadar menjadi jemputan keramaian berkenaan, Vivek turut menerima undangan Istana Jaipur iaitu daripada Maharani Padmini Devi sendiri.

Bertemu Maharani serta Puteri Diya dan Putera Padmanabh Singhur, membuatkan Vivek terpana seketika dan tidak tahu hendak mencelah dalam perbualan.

"Kami bersantai dengan keluarga diraja Jaipur, mereka sungguh hebat dan begitu mesra. Walaupun masih kanak-kanak dan baru berusia 12 tahun, Putera Padmanabh sangat segak.

"Jaipur pula sebuah bandar yang indah dan kalau diberi kesempatan, saya mahu ke sana lagi, lebih-lebih lagi jika untuk penggambaran filem," beritahu Kumar Taurani yang bertindak sebagai penerbit filem Prince lakonan Vivek.

Prince sebuah filem aksi arahan Kookie V Gulati dan dibintangi Nandana Sen, Aruna Shields, Neeru Singh serta Vivek sebagai hero. Filem berkenaan dijadualkan ke pawagam 9 April nanti.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: