Monday, March 8, 2010

Umie Aida berinai malam esok

Pelakon Umie Aida akan mengadakan majlis berinai di rumahnya di Mont Kiara, Kuala Lumpur pada pukul 8.00 malam esok (Isnin) menjelang hari pernikahannya.

Selepas majlis berinai, Umie bersama keluarga kedua-dua belah pihak, teman rapat dan wakil media akan berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk mengadakan majis pernihakan di dalam Masjidil Haram.

Sebelum bernikah, Umie dan bakal suami, Datuk Paduka Khairuddin akan mengerjakan umrah terlebih dahulu.

Umie memilih untuk bernikah di dalam Masjidil Haram untuk mendapat berkat bernikah di tempat suci di hadapan Kaabah, tempat seluruh umat islam menghadap ketika bersembahyang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: