Monday, March 22, 2010

Tulang ketua biskop Cyprus dicuri


BEBERAPA anggota polis memeriksa kubur tiga biskop di sebuah tanah perkuburan di tengah Nicosia semalam.


NICOSIA, Cyprus - Sekumpulan pencuri kubur di Cyprus menggali tiga kubur ketua biskop yang terletak tiga meter dari sebuah balai polis.

Menurut polis, kejadian sebelum subuh itu disedari apabila satu kebakaran berlaku di tanah perkuburan yang menempatkan mayat ketua biskop tersebut.

Ketua-ketua biskop itu mengetuai gereja itu pada lewat abad ke-19 dan awal abad ke-20.

"Keranda hilang dari kubur Biskop Sophronis III dan Biskop Kyrillos II," kata seorang jurucakap polis semalam.

Menurutnya, kubur Biskop Kyrillos III telah dibuka tetapi bekas yang berisi rangkanya tidak diusik.

Pada Disember lalu, sekumpulan pencuri mencuri mayat bekas presiden Cyprus, Tassos Papadopoulos dan menyoroknya di tapak perkuburan lain sebelum ditemui semula pada awal bulan ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: