NAJIB bersama Rosmah ketika merai Chong Wei (dua kanan) dan Misbun Sidek di rumah Perdana Menteri Jalan Duta, petang semalam.
GEMILANG dilakar Lee Chong Wei selaku juara baru Seluruh England tempoh hari harus membuat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menguntum senyuman lebar.
“Kemenangan ini pasti menjadi satu lonjakan kuat kepada pasukan Malaysia cuba memenangi Piala Thomas semula, Mei ini. Inilah sasaran kita semua,” katanya pada sidang media sempena kunjungan Chong Wei ke kediamannya, semalam.
Najib berkata, kerajaan akan terus membantu pembangunan sukan badminton negara kerana inilah sukan yang paling diminati di Malaysia berdasarkan kedudukan negara di peringkat antarabangsa.
Beliau turut menyatakan hasrat mewujudkan satu akademi badminton yang akan diusahakan oleh kerajaan, di mana pada masa ini Kementerian Belia dan Sukan sedang berbincang dengan pihak Kementerian Pelajaran mengenalpasti tapak.
Sementara itu Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sempat berpesan supaya kita tidak melupakan jasa jurulatih yang memainkan peranan penting dalam kemenangan Lee.
Selaku Penaung BAM, Rosmah menyeru agar satu analisis dibuat terhadap mutu permainan pemain badminton yang tidak konsisten.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: