
ANGGOTA polis mengangkat mayat penjenayah yang ditembak mati di Tasik Kota Puteri, Ijok semalam.
KUALA SELANGOR - Sejak bergerak aktif pada November tahun lalu, satu kumpulan dikenali 'Geng Gondol' yang didalangi warga Indonesia bermaharajalela melakukan jenayah pecah rumah dan samun di sekitar Lembah Klang.
Kumpulan tersebut juga dipercayai terlibat memecah masuk kediaman milik Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee di Taman Tun Abdul Razak (TAR), Ampang Jaya pada 28 Februari lalu.
Namun dalam kejadian awal pagi semalam, anggota geng itu yang diburu polis lebih sebulan lalu termasuk perancangnya ditembak mati selepas cuba menyerang anggota polis.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: