LONDON: Apabila Carlos Tevez dikritik kerana mengetepikan dua perlawanan pasukannya untuk berada di sisi isterinya yang bersalin pramatang, penyerang Manchester City itu memang berang.
PURA-PURA...Tevez mendakwa amat mementingkan hubunganya dengan Vanesa dan anak-anak.
Kini, giliran tembelang Tevez, 26, pula pecah.
Pemain kebangsaan Argentina itu dilaporkan menghabiskan masa semalaman dengan seorang model seksi pada hari anaknya dibenarkan keluar hospital di negara asalnya.
Sumber berkata, pemain yang kononnya mendakwa amat mementingkan keluarga itu menyelinap ke bilik Marina Paesani di sebuah hotel di Britain.
Pada hari sama, isteri Tevez, Vanesa, membawa pulang anak mereka, Katie, yang dilahirkan enam minggu lebih awal, Februari lalu.
Katie adalah anak kedua Tevez dengan Vanesa selepas Florencia yang kini berusia empat tahun.
Vanesa pulang ke Buenos Aires pada 9 Februari tetapi terpaksa dimasukkan ke hospital untuk bersalin empat hari kemudian.
Tevez bergegas ke sana untuk menemani isterinya dan diberi cuti oleh Manchester City selama 12 hari.
Kepada wartawan, Tevez berkata: “Selama beberapa hari lalu, hidup saya semata-mata untuk anak saya. Masalah bola sepak, kemudian.” Sabtu lalu, dia akhirnya kembali ke England untuk menyertai pasukannya menentang Chelsea.
Masalahnya, dia tidak pulang sendirian, sebaliknya turut membayar tiket untuk Marina untuk menyertainya dalam penerbangan sama.
Tevez juga mengatur supaya Marina duduk di kerusi belakangnya dalam kelas bisnes.
Sumber berkata, sebaik saja pintu pesawat ditutup, Tevez berpaling ke belalang dan mula berborak dengan model itu.
“Tidak lama kemudian, Tevez duduk di sebelah Marina dan akhirnya mereka seperti pasangan kekasih,” katanya.
Pada satu ketika, kata sumber, Marina, 27, duduk di pangkuan Tevez dan mereka berciuman.
Sebelum mendarat, katanya, Tevez bergegas kembali ke kerusinya dan berpura-pura tiada apa yang berlaku.
Marina memang dikenali amat tertarik dan berahi terhadap pemain bola sepak.
“Saya rela mati demi mereka,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: