Sunday, March 21, 2010

Taruhan ketiga Samsons


MUZIK yang natural serta terjemahan haluan muzik yang dianuti, itu yang terkandung menerusi Samsons.


PERTAMA sekali, uniknya album self titled Samsons ini terpancar pada kulit album mereka. Selain meletakkan lirik lagu, kali ini mereka mengambil langkah menerangkan setiap lagu yang mereka dendangkan.

Samsons membuatkan penggemar mereka turut merasakan pengalaman penggarapan dan rakaman 10 material terbaru mereka.

Permulaan lagu dalam album ini dimulai dengan sebuah lagu uptempo yang energetik, ini adalah penerusan tradisi Samsons daripada album Kehadirannya dan Seandainya.

Suara Bams menjadi trademark yang kuat untuk grup yang berasal dari Jakarta ini.

Menemukan jati diri mereka dalam album ini, lantas album ini diberi judul Samsons.

Mencipta lagu yang mendapat tempat di hati peminat dan sehingga kini masih melekat iaitu Kenangan Terindah, itu merupakan cabaran terbesar Samsons apabila lagu-lagu dalam album ini tidak mampu mencapai tahap mesra pendengar seperti lagu perdana mereka tersebut.

Mendengar sekali album ini, belum dapat membuatkan telinga anda terus terpikat kepada lagu seperti yang pernah berlaku kepada lagu Kenangan Terindah.

Namun kelainan album ini terlekat pada trek ketujuh bertajuk Enyah yang ditulis oleh Erik.

Memasukkan sensual nuansa Latin, Enyah menyediakan sisi lain Samsons yang menyenangkan walaupun ironinya lagu ini berdasarkan kekecewaan.

Selebihnya, Samsons menyatakan album ini lebih bersifat semula jadi buat mereka dan menyifatkan 'less is more' lebih menggambarkan muzik mereka.

Komen Sofia: Samsons menggunakan kaedah analog bagi merasai kelainan dalam pembikinan album.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: