GIVI Asia Sdn Berhad (Givi Asia), pengeluar aksesori motosikal terkemuka dunia dari Itali menerusi jenama Givi di negara ini, merancang meningkatkan penguasaan pasaran tempatan dan menambah cawangan butik Givi Point pada masa depan.
LARIS...Joseph (kiri) menunjukkan aksesori motosikal dikeluarkan Givi sambil diperhatikan Chai (tengah) dan Swee pada pelancaran butik kedua Givi Point di Georgetown, Pulau Pinang, kelmarin.
Pengurus Operasi Luar Negara Givi Asia, Joseph Perucca, berkata Malaysia pasaran penting bagi Givi berikutan jumlah penunggang motosikal ketika ini lebih tujuh juta dan sejak memulakan operasi di Malaysia hampir satu juta kotak barang Givi terjual.
Beliau berkata, Givi ketika ini menguasai 30 peratus pasaran aksesori motosikal tempatan dengan produk paling laris ialah kotak barang dan baju hujan serta pada masa sama menguasai 65 peratus pasaran aksesori dunia.
“Kami mahu menjadi peneraju pasaran tempatan menerusi 300 wakil jualan dengan menawarkan produk berkualiti yang memiliki ciri keselamatan kepada rakyat Malaysia,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran butik kedua Givi Point di Georgetown, Pulau Pinang, kelmarin.
Hadir sama, Pengerusi Givi Asia, On Thiam Chai dan Pengarah Urusan Givi Asia, On Hai Swee.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: