Tuesday, March 9, 2010

Susu Badan Untuk Adam - Rebecca Nur Al Islam



BUKAN semua wanita muda yang belum pernah berkahwin akan terdetik di hati untuk menyusu anak angkat.
Berlainan dengan aktres jelita Rabecca Nur Al Islam. Bukan saja dia tidak pernah mengeluh dengan tugas barunya sebagai ibu kepada anak angkatnya, Nor Adam Daniel, 2 tapi Rabecca sanggup ketepikan pandangan orang ramai apabila dia sanggup menjalani rawatan suntikan mengeluarkan susu badannya.

Meskipun baru berusia 24 tahun, demi kasih sayangnya terhadap Adam, Rabecca sanggup menjalani rawatan ini.
"Selepas sahaja saya mendapatkan Adam, saya telah pergi ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan suntikan mengeluarkan susu,"jelas Rabecca yang mengaku agak teruja untuk merasai pengalaman menyusukan anak.
Gadis kelahiran negeri Johor ini sanggup menyusukan Adam setiap hari walaupun sibuk dengan tugasannya seharian.
Disebabkan proses penyusuan ini juga membuat naluri keibuan Rabecca terhadap Adam seperti ibu sejati.
"Saya menyusukan Adam setiap hari dan saya rasa Adam seperti anak saya sendiri," ujar Rabecca yang sempat menyusukan anak lelakinya selama 3 bulan.
Rabecca bernasib baik kerana sebaik saja mendapat rawatan suntikan pengeluaran susu itu, pelakon 'Jangan Tegur Lagi' ini tidak mengalami sebarang kompilasi atau masalah, cuma terasa bengkak di bahagian buahdadanya saja.






No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: