Monday, March 22, 2010

Sendayu Tinggi kini francais


Pengunjung mengambil peluang mendapatkan tips teknik solekan yang betul.


LEBIH sedekad berada di pasaran mendekati keperluan wanita Sendayu Tinggi kian mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama produk penjagaan kecantikan tempatan dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Usaha untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan produk-produk daripada jenama antarabangsa lain bagaikan tiada titik noktah.

Pengasas Sendayu Tinggi Corporation (M) Sdn. Bhd., Rozita Ibrahim berkata, sebagai menyahut gerakan globalisasi pihaknya mengambil langkah setapak lagi dengan memperluaskan rangkaian perniagaan dengan menjual lebih pilihan produk kepada pengguna.

"Tahun 2010 membuka lembaran baru kepada untuk terus melangkah maju dengan menjadikan Sendayu Tinggi sebagai syarikat kecantikan Bumiputera Melayu yang mengetengahkan konsep francais.

"Setakat ini kami telah mempunyai lima cawangan berunsur perniagaan francais," katanya pada majlis pembukaan cawangan francis terbaru Sendayu Tinggi di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Premis terbaru itu merupakan cawangan yang keenam yang mengetengahkan idea perniagaan francais.

Melalui konsep francais ini, menurut Rozita, beliau mahu berkongsi peluang perniagaan kepada individu yang berminat khususnya golongan Bumiputera.

"Begitupun terdapat beberapa kriteria yang perlu mereka penuhi. Antaranya, mereka berpendidikan tinggi dan mempunyai minat yang mendalam dalam perniagaan," katanya.

Dalam pada itu, Rozita menyedari hakikat bahawa pengguna hari ini semakin bijak dalam memilih.

Justeru beliau sentiasa mencari kelainan dalam kriteria penampilan produk Sendayu Tinggi menerusi produk-produk mekap terbaru dengan variasi yang pelbagai.

Semuanya khusus untuk pengguna yang inginkan kelainan dalam cita rasa mereka yang ingin kekal anggun, elegan dan jelita.

"Berinspirasikan trend peredaran masa dengan kepelbagaian pilihan produk terbaru penjagaan dari hujung rambut hingga hujung kaki serta kombinasi mekap terbaru yang semakin mendapat tempat di hati pengguna.

"Di samping menjanjikan kualiti yang terbaik dan harga yang berpatutan kami cuba untuk memberi kelainan dalam setiap produk agar memberi kepuasan kepada setiap pengguna," tambahnya.

Atas sokongan yang tidak berbelah bahagi pengguna setia jenama tersebut, Sendayu Tinggi turut memperkenalkan kad keahlian istimewa kepada pengguna dengan bayaran hanya RM25 sekali seumur hidup.

Melalui pemilikan kad tersebut, mereka layak untuk menjadi ahli Sendayu Tinggi akan mendapat diskaun pembelian sehingga 30 peratus bergantung kepada jenis produk.

"Selain diskaun mereka juga akan mengumpul mata ganjaran yang boleh ditukar dengan hadiah-hadiah menarik di samping mendapat informasi terkini berkenaan produk keluaran Sendayu Tinggi secara khidmat pesanan ringkas (SMS) dan secara terus ke rumah melalui pos.

"Ini, sekali gus menjadikan pengguna lebih dekat dengan Sendayu Tinggi," jelasnya.

Sementara itu, sempena pembukaan cawangan terbaru itu, Sendayu Tinggi menghargai pengunjung yang hadir dengan pendaftaran kad keahlian secara percuma di samping pemberian cenderamata barangan mekap berserta baucer potongan harga.

"Bagi pengguna yang setia mereka tahu setiap tahun kami akan menghasilkan produk terbaru dengan kelainan dan keistimewaan tersendiri.

"Tahun ini Insya-Allah kami akan tampil dengan rangkaian wangian khas untuk pengguna yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan terhadap produk Sendayu Tinggi," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini:

Post a Comment