
Malah ketika diminta mengulas mengenai penampilannya yang semakin hari semakin seksi, Rozita berkata, dia sudah biasa dengan imej sedemikian bahkan ketika di awal kemunculannya dulu lagi dia pernah tampil mengenakan skirt dan tube sahaja untuk sesi fotografi di sebuah akhbar.
“Mungkin pada awal penampilan saya memang sudah seksi. Saya tidak menolak bahawa faktor usia adalah antara sebab yang mempengaruhi penampilan saya. Pada saya, bila dah makin tua ni, kita kenalah pandai jaga penampilan, supaya tak nak nampak bertambah tua.
“Kalau saya nak pakai seksi atau pakai bulu mata tebal 13 tingkat sekalipun ia sepatutnya tidak dipertikai oleh mana-mana pihak pun kerana saya tidak pernah mengganggu mereka. Lagipun saya tahu batas-batasnya dan penampilan saya tidaklah keterlaluan atau pun menjolok mata.
“Apa yang saya nampak, masyarakat kita masih tidak boleh terima sebarang perubahan yang dilakukan oleh orang lain. Seolah-olah mereka tidak boleh lebih sikit dan tidak boleh kurang sikit pun,” katanya yang ditemui selepas pelancaran buku Variasi Asas Solekan terbitan Alaf21 di Putra World Trade Centre (PWTC), baru-baru ini.
Debaran ABP
Mengenai pencalonannya sebagai Pelakon TV Wanita Popular dalam Anugerah Bintang Popular 2009 (ABPH09) yang akan berlangsung pada 4 April hadapan, Rozita akui dirinya berada sebaris dengan pelakon-pelakon wanita yang cukup mantap dan berbakat. Malah menyifatkan empat calon lain yang turut bertanding, iaitu Fasha Sandha, Noorkhiriah, Scha Al-Yahya dan Tiz Zaqyah mempunyai aura yang tersendiri.
“Berdasarkan maklumat dari ABP sendiri mereka memberitahu bahawa peningkatan markah saya bertambah baik dan harapan saya tentunya setiap yang bertanding mesti nak menang. Jika menang, alhamdulillah sebaliknya jika tidak, ia bererti saya harus memperbaiki lagi segala kekurangan yang ada dalam diri saya.
“Walau bagaimanapun, berdasarkan naluri saya sendiri, saingan sengit saya ialah Fasha Sandha walaupun berdasarkan maklumat dari pihak akhbar sendiri yang memaklumkan bahawa saingan saya ialah Scha Al-Yahya dan Noorkhiriah,” katanya yang kini sedang giat menjalani penggambaran slot drama di Astro Warna yang berjudul Zakiah Pekasam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: