Thursday, March 25, 2010

Pulangan Ar-Rahnu Yapeim tertinggi dalam sejarah

YAYASAN Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) memberikan pulangan 7.8 peratus bagi pelaburan program Ar-Rahnu bagi tahun 2009, demikian diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, semalam.

SERAH...Jamil Khir (empat dari kiri) bersama Timbalan Menteri di  Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim (tiga dari kiri)  bersama penerima keuntungan Ar-Rahnu Yapeim, semalam.
SERAH...Jamil Khir (empat dari kiri) bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim (tiga dari kiri) bersama penerima keuntungan Ar-Rahnu Yapeim, semalam.
Menurutnya, ia pulangan tertinggi, malah jauh lebih tinggi daripada pulangan akaun pelaburan mana-mana institusi kewangan di negara ini.


Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyerahan Keuntungan Pelaburan Program Ar-Rahnu Yapeim di Kuala Lumpur.


Sebelum ini, pulangan dibayar ialah tujuh peratus. “Ini keuntungan yang memberangsangkan ataupun pulangan dalam bentuk dividen bonus untuk semua pelabur termasuk Majlis Agama Islam dan Baitulmal negeri. Tahun ini 7.8 peratus adalah antara tertinggi dalam sejarah Yapeim itu sendiri. “Saya amat mengharapkan usaha gigih ini diteruskan bagi menambah keyakinan pelabur. Saya sudah berjumpa pihak Majlis Agama Islam negeri yang juga pelabur utama dan mereka memberikan jaminan untuk menambah pelaburan berdasarkan keuntungan yang bertambah,” katanya.


Beliau juga yakin peluang untuk pelaburan Ar-Rahnu berkembang di Malaysia begitu positif.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: