
KUALA LUMPUR - Prospek perniagaan Malaysia menaikkan gaji pekerja mereka tahun ini adalah positif.
Menurut laporan International Business Report (IBR) oleh Grant Thornton, 63 peratus daripada syarikat Malaysia merancang menaikkan gaji berbanding 44 peratus tahun lepas.
Peratusan syarikat tidak bersedia untuk sebarang kenaikan gaji juga menyaksikan prospek positif dengan 30 peratus berbanding 36 peratus tahun lepas.
"Meskipun majoriti perniagaan seluruh dunia lebih optimistik bagi tahun 2010, namun para pekerja berasa silap jika mereka merasakan tempoh sukar sudah berakhir.
"Apabila ditanya mengenai gaji kakitangan bagi tahun akan datang, 7,400 perusahaan sederhana dan besar dalam 36 ekonomi menunjukkan mereka malahan tidak dijangka memberi kenaikan gaji semasa tahun 2010 berbanding tahun lepas.
"36 peratus perniagaan pula merancang tidak menaikkan gaji atau mengurangkan gaji di seluruh dunia, berbanding 24 peratus pada tahun 2009," demikian menurut laporan itu yang dikeluarkan di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: