![]() |
| DARI kiri: Tauke, Hazrul, Johan dan Zul Yahya. |
RANCANGAN menarik bercorak permainan, Redah Kasi Pecah yang terkandung dalam saluran 132 pakej Mustika merupakan satu program menarik terbaru taruhan Astro.
Menampilkan barisan selebriti komedi popular tanah air seperti Afdlin Shauki, Zul Yahya dan Harun Salim Bachik, program yang dibawa oleh produksi Vision Works Communication Sdn. Bhd. itu turut menampilkan pelapis pelawak berbakat besar seperti Nabil, Zizan, Johan, Tauke dan Along.
Menurut Pengurus Saluran Astro Warna, Azlina Megat, pihaknya akur dengan kehendak para pelanggan yang dahagakan program-program yang terbaik dan lain dari yang lain.
Lantas program yang berkonsepkan satu episod satu kampung arahan Ako Mustapha dan Helmi Rokman menjadi sandaran terbaru bagi program bercorak permainan selepas program Mandi sebelum ini.
"Kami yakin program ini mampu menarik perhatian ramai berikutan kejayaan program-program bercorak permainan telah terbukti dapat menawan hati para penonton.
"Keistimewaan program ini ialah apabila selebriti-selebriti tersebut dibawa menjelajah ke pelusuk kampung dengan menggunakan bas sebagai pengangkutan rasmi dan menjadi latar belakang set pengambaran," katanya.
Sementara itu, penerbitnya, Noradyman Md. Sulaiman, berkata, rancangan 26 episod ini merangkumi lima segmen yang terdiri daripada Redah Cari Kawan, Buat Kasi Betul, Kasi Pecah Kepala, Redah Rewang-Rewang dan Layan Kasi pecah.
Katanya, setiap segmen memerlukan mereka (artis) untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan pasangan masing-masing dalam kumpulan sendiri.
Sementara itu, Pengurus Produksi program itu, Mohd. Zaidi Mat Zain berkata, pemilihan lokasi dibuat berdasarkan kriteria lokasi seperti keunikan yang ada di kawasan kampung atau lokasi yang mereka singgah.
Katanya, sebelum memulakan pengambaran pihaknya telah meninjau lokasi sebelum memulakan pengambaran. Selepas berasa lokasi yang dipilih mempunyai semua kriteria program tersebut, barulah penggambaran dimulakan.
Redah kasi pecah ditayangkan setiap Jumaat pukul 10 malam menerusi saluran Astro Warna.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: