Thursday, March 18, 2010

Penyair cipta sajak untuk Beckham


GAMBAR menunjukkan kaki Beckham (dalam bulatan) ketika menaiki sebuah pesawat di sebuah lapangan terbang di Turku, Finland semalam. Gambar kecil, Beckham waktu tiba di Turku pada Isnin lalu.


LONDON - Kecederaan urat di tumit kaki bintang bola sepak England, David Beckham telah menjadi ilham penyair Britain, Carol Ann Duffy untuk menghasilkan sajak mengenainya, lapor sebuah akhbar semalam.

Kecederaan di kaki Beckham yang dikenali dalam bidang perubatan sebagai Tendon Achilles itu disebabkan tisu tersebut terkoyak semasa dia beraksi dalam satu perlawanan bola sepak pada Ahad lepas. dia terpaksa dibedah sekali gus terlepas peluang beraksi pada kejohanan Piala Dunia di Afrika Selatan Jun depan.

Dalam sajaknya, Duffy, 54, membayangkan bekas kapten pasukan bola sepak England itu sebagai wira tamadun Greek kuno, Achilles.

Menurut mitos, ketika bayi, ibu Achilles menggenggam tumit anaknya itu dan mencelupnya ke dalam Sungai Styx, menyebabkan dia kebal kecuali di sekitar tumitnya.

Sementara itu, Beckham dan isterinya, Victoria telah meninggalkan sebuah klinik di Turku, Finland selepas bintang bola sepak tersebut menjalani pembedahan di tumitnya semalam.

Kedua-duanya menaiki sebuah kereta di luar klinik berkenaan dan menuju ke sebuah lapangan terbang tempatan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: